Saturday, January 16, 2016

Retrenchment - apa yang perlu anda tahu

Beberapa bulan ke belakang, banyak syarikat-syarikat multinasional telah mengambil keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja (downsizing) mereka atas tujuan lebihan pekerja (redundancy) dan juga pengstrukturan semula (restructuring).

Ada juga industri-industri hebat yang mainplayer adalah syarikat-syarikat yang sememangnya menjana pembangunan negara dari pelbagai segi di samping memberikan peluang pekerja yang banyak kepada rakyat tempatan. Namun atas sebab cost-cutting pada jangka masa panjang, keputusan perlu diambil untuk menghentikan operasi beberapa bahagian syarikat yang tidak dapat dielakkan.

Apakah itu retrenchment?
Retrenchment adalah tindakan yang diambil oleh syarikat dalam pengurangan tenaga pekerja dalam skala yang besar dari segi kuantiti atau dari segi pelaksanaan iaitu keseluruhan syarikat.

Peraturan yang terlibat –
Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980 basically menjelaskan garispanduan yang diperlukan dalam kelayakan pekerja yang dihentikan kerja atas sebab retrenchment seperti retrenchment benefit di samping proses yang perlu dipenuhi oleh majikan.

Garispanduan yang terlibat –
Kesemua pekerja yang dihentikan kerja mempunyai kelayakan dalam diberi pampasan kecuali mereka yang mencapai umur persaraan 60 tahun, dihentikan kerja atas sebab-sebab disiplin dan juga mereka yang meletakkan jawatan atas kehendak sendiri.

Mereka yang menerima pembaharuan kontrak pekerjaan juga tidak layak menerima sebarang bentuk pampasan kerana masih terus bekerja dengan majikan yang sama atau lain dalam pengambilalihan syarikat (acquisition) secara lock-stock and barrel.

Mereka yang bekerja dengan majikan kurang dari tempoh enam (6) bulan juga tidak layak menerima sebarang pampasan daripada majikan.

Pampasan pemberhentian kerja –
Pekerja yang dihentikan atas alasan ini, layak menerima pampasan daripada majikan bergantung pada tempoh berkhidmat/bekerja –
-       10 hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh kurang dari dua (2) tahun bekerja
-    15 hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh dua (2) tahun hingga kurang ari lima (5) tahun
-       20 hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh melebihi lima (5) tahun.
Sebarang tempoh yang kurang dari setahun akan dibayar secara prorata (pro-rate).

Tempoh notis yang diperlukan –
Dari pihak majikan, perlulah memaklumkan kepada pekerja yang terbabit dengan memberikan notis penamatan selama 14 hari dan 30 hari sebelum pemberhentian kerja kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.


Umum – sekiranya mana-mana majikan memilih untuk membayar kesemua tempoh notis yang diperlukan maka majikan boleh berbuat demikian. Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan notis dan tindakan yang diambil oleh majikan, mereka boleh mengfailkan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.  

No comments: