Wednesday, February 24, 2016

Graduate Punishment - aplikasi dan penggunaan

Graduate punishment adalah satu terma yang digunapakai untuk menggambarkan keperluan para majikan menjatuhkan hukuman terhadap salahlaku secara berperingkat.

            Peringatan -> Teguran -> Amaran -> Amaran Keras -> Lain-lain hukuman

Keperluan graduate punishment ini adalah tertakluk atau bergantung kepada jenis salahlaku yang dilakukan oleh pekerja. Malah sebutan dari kes Mahkamah Perusahaan juga ada menyatakan perlunya graduated punishment ini dilaksanakan di syarikat-syarikat seperti dalam kes Balan NG Krishnan v. Indah Water Operations Sdn Bhd [2001] 3 ILR di mana, Pengerusi (hakim) Mahkamah Perusahaan menyatakan –
“…. The court is therefore uncertain as to whether the Company has its own scheme of graduated punishments which can be meted out appropriately in instances where disciplinary action is taken against its employees. If it does not have such a scheme then perhaps it is timely for the Company to consider introducing one. …. In conclusion, while the claimant’s misconduct warrants certain disciplinary action to be taken against him, it does not constitute just cause or excuse to warrant the Company’s action of dismissing him”.
Blog ini akan seterusnya membincangkan contoh-contoh salahlaku dan kes-kes rujukan Mahkamah Perusahaan dalam menyokong keperluan graduate punishment ini dilaksanakan.

NOTA: Graduate punishment tidak boleh dilaksanakan secara menyeluruh kerana penggunaan approach ini bergantung kepada jenis-jenis salahlaku seperti berikut yang akan dijelaskan secara ringkas untuk pemahaman yang mudah –

-   - Salahlaku ringan (minor misconduct) – jenis-jenis salahlaku yang boleh digunapakai graduate punishment yang tidak menyebabkan kehilangan harta benda, kehilangan atau kerugian wang serta kecederaan atau kehilangan nyawa

-   - Salahlaku berat (major misconduct) – salahlaku-salahlaku yang menyebabkan majikan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pekerja yang menyebabkan tiada sebab atau alasan untuk majikan kekal menggajikan pekerja itu


Mengulangi salahlaku yang sama juga akan menyebabkan satu-satu salahlaku ringan itu boleh dianggap sebagai salahlaku berat. 

Thursday, February 18, 2016

Disiplin dan Kesudahannya

Masalah disiplin adalah salah satu sebab perkhidmatan/pekerjaan seseorang itu boleh diberhentikan.
Di bawah Seksyen 14(1) Akta Kerja 1955, seorang pekerja boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab ‘istimewa’ selepas ‘due inquiry’ seperti berikut –
  • Dihentikan kerja tanpa notis (summary dismissal)
  • Diturunkan pangkat atau gred (downgrading/
  • Lain-lain hukuman yang dilihat sesuai (dengan salahlaku) dan sekiranya gantung kerja tanpa gaji, majikan hanya boleh menggantung pekerja tersebut tanpa gaji bagi tempoh tidak melebihi 14 hari

Atas sebab inquiry juga, majikan boleh menggantung pekerja terbabit bagi tujuan siasatan bagi tempoh 14 hari dengan separuh gaji dan sekiranya tempoh gantung dilanjutkan (dengan sebab dan tempoh yang munasabah) akan dengan bergaji penuh.

Apabila disebut ‘due inquiry’ ramai yang salahfaham termasuk peguam-peguam Industrial Court yang mewakili penuntut/claimant (bekas pekerja). Due inquiry melibatkan beberapa perkara seperti –
  • Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter)
  • Temuduga siasatan yang berekod dan disahkan pekerja (recorded and acknowledged investigation interview)
  • Sesi Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)

Keperluan due inquiry adalah bagi memenuhi kehendak environment pekerjaan di Malaysia yang menitik beratkan law of natural justice di mana hak untuk didengar adalah dititikberatkan. Pekerja dala perihal ini, mestilah diberi peluang untuk memberikan penjelasan dari pihak mereka.


Saturday, February 6, 2016

Rujukan Masalah Berkaitan Pekerjaan

Anda stuck dan tak pasti ke mana nak dituju untuk mengadu nasib sebagai pekerja atau bekas pekerja yang telah diberhentikan kerja? 

Ini adalah masalah universal para pekerja di Malaysia.

A)   Jabatan Tenaga Kerja
-       Dikenali sebagai Jabatan Buruh (Labor Office) satu ketika dulu hingga dinaiktaraf
-       Membincangkan segala perihal gaji dan kewangan antara majikan dan pekerja
-       Dibincangkan oleh Pegawai Tenaga Kerja (Labor Officer)

B)   Jabatan Perhubungan Perusahaan  
-       Banyak mengutarakan isu-isu pemberhentian kerja tidak sah (unfair dismissal) antara bekas pekerja dan majikan di bawah Seksyen 20 IRA1967
-   Turut melihat dalam pendaftaran kesatuan-kesatuan baru dan ketidakpuasan hati oleh kesatuan dengan majikan
-       Membuat rumusan dan cadangan kepada Menteri Sumber Manusia samaada perlu dirujuk kepada Mahkamah Perindustrian atau tidak
-       Diwakili Pegawai Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations Officer)

Kedua-dua Jabatan ini akan membincangkan perkara atau aduan bagi syarikat atau pekerjaan yang berada dalam zon atau coverage area Jabatan berkenaan. Seperti contoh, aduan berkaitan pekerjaan atau majikan di kawasan Glenmarie atau Subang boleh dirujuk kepada JTK atau IRD yang berada di Wisma Tractor di Subang Jaya.

Maklumat lanjut berkenaan lokasi-lokasi IRD dan JTK boleh didapati di laman sesawangan berikut –