Saturday, January 2, 2016

Introduction to Malaysian Labor Laws

Sebagai seorang pekerja di Malaysia, kita sering terlupa hak sebagai seorang pekerja atau sekurang-kurangnya tahu apa peraturan atau undang-undang yang melindungi semua pekerja yang dilantik di Malaysia.
Sebenarnya, terdapat beberapa undang-undang yang melindungi atau menggariskan hak pekerja yang tidak kita ketahui. Malah ramai antara kita yang sering berkata, saya saman syarikat di court! Tanpa sebenarnya tahu, hak pekerja di Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan tidak berbentuk sivil tapi lebih kepada garispanduan pekerjaan (employment) yang lebih luas.
Ada beberapa undang-undang yang perlu kita tahu, serta fungsi-fungsi or areas of coverage yang melibatkan peraturan-peraturan ini. Secara ringkas dan mudah faham, berikut adalah undang-undang (antaranya) utama yang ada di Malaysia –

1)    Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
-       garispanduan asas dalam sesuatu employment antara pekerja dan majikan
-       Pekerja yang menerima gaji tetap RM2,000 dan ke kurang

2)    Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relations Act 1967)
-  Sering dikaitkan dengan S20 IRA yang melibatkan reinstatement selepas penamatan perkhidmatan (unfair dismissal)
-       Perihal kesatuan sekerja dan perkara-perkara yang berkaitan seperti pendaftaran, pembayaran yuran melalui potongan gaji (check-off), Perjanjian Bersama (Collective Agreement)
-       Juga merangkumi perkara-perkara lain seperti bidangtugas Mahkamah Perindustrian (Industrial Court), piket, mogok dan lock-outs

3)    Akta Kesatuan 1959 (Trade Union Act 1959)
-       Membincangkan lebih terperinci proses dan butiran yang terlibat berkaitan dengan Kesatuan Sekerja (Union)

4)    Employment (Termination and Layoff) Benefits Regulations 1980
-       Garispanduan pelaksanaan retrenchment dan pilihan persaraan yang lain
-   Meliputi kehendak-kehendak undang-undang (requirement of the law) dalam pelaksanaan retrenchment yang perlu dituruti oleh majikan

5)    Children and Young Persons (Employment) Act
-       Memberi panduan dalam mengambil kanak-kanak yang berumur kurang 15 tahun bekerja
-       Perkara-perkara yang perlu diadakan dalam hiring children

6)    Akta Umur Minima Persaraan 2012 (Minimum Retirement Age Act 2012)
-       Memberi tetapan untuk umur persaraan 60 tahun bagi sector swasta

7)    Akta Gaji Minima 2012 (Minimum Wage Act 2012)
-       Menetapkan amaun RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah Sarawak serta Labuan sebagai gaji minima pekerja dalam semua bidang

8)    Employment Regulations 1957

No comments: