Graduate punishment adalah
satu terma yang digunapakai untuk menggambarkan keperluan para majikan menjatuhkan
hukuman terhadap salahlaku secara berperingkat.
Peringatan -> Teguran -> Amaran -> Amaran Keras
-> Lain-lain hukuman
Keperluan graduate punishment
ini adalah tertakluk atau bergantung kepada jenis salahlaku yang dilakukan oleh
pekerja. Malah sebutan dari kes Mahkamah Perusahaan juga ada menyatakan
perlunya graduated punishment ini dilaksanakan di syarikat-syarikat seperti
dalam kes Balan NG Krishnan v. Indah Water Operations
Sdn Bhd [2001] 3 ILR di mana, Pengerusi (hakim) Mahkamah Perusahaan menyatakan –
“…. The court is therefore uncertain as to whether the Company has its
own scheme of graduated punishments which can be meted out appropriately
in instances where disciplinary action is taken against its employees. If it
does not have such a scheme then perhaps it is timely for the Company to
consider introducing one. …. In conclusion, while the claimant’s misconduct
warrants certain disciplinary action to be taken against him, it does not constitute
just cause or excuse to warrant the Company’s action of dismissing him”.
Blog ini akan seterusnya membincangkan
contoh-contoh salahlaku dan kes-kes rujukan Mahkamah Perusahaan dalam menyokong
keperluan graduate punishment ini dilaksanakan.
NOTA: Graduate punishment tidak
boleh dilaksanakan secara menyeluruh kerana penggunaan approach ini bergantung
kepada jenis-jenis salahlaku seperti berikut yang akan dijelaskan secara
ringkas untuk pemahaman yang mudah –
- - Salahlaku ringan (minor misconduct)
– jenis-jenis salahlaku yang boleh digunapakai graduate punishment yang tidak
menyebabkan kehilangan harta benda, kehilangan atau kerugian wang serta
kecederaan atau kehilangan nyawa
- - Salahlaku berat (major
misconduct) – salahlaku-salahlaku yang menyebabkan majikan hilang kepercayaan
dan keyakinan terhadap pekerja yang menyebabkan tiada sebab atau alasan untuk
majikan kekal menggajikan pekerja itu
Mengulangi salahlaku yang sama juga akan
menyebabkan satu-satu salahlaku ringan itu boleh dianggap sebagai salahlaku
berat.
No comments:
Post a Comment