Masalah disiplin adalah salah
satu sebab perkhidmatan/pekerjaan seseorang itu boleh diberhentikan.
Di bawah Seksyen 14(1) Akta
Kerja 1955, seorang pekerja boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab ‘istimewa’
selepas ‘due inquiry’ seperti berikut –
- Dihentikan kerja tanpa notis (summary dismissal)
- Diturunkan pangkat atau gred (downgrading/
- Lain-lain hukuman yang dilihat sesuai (dengan salahlaku) dan sekiranya gantung kerja tanpa gaji, majikan hanya boleh menggantung pekerja tersebut tanpa gaji bagi tempoh tidak melebihi 14 hari
Atas sebab inquiry juga,
majikan boleh menggantung pekerja terbabit bagi tujuan siasatan bagi tempoh 14
hari dengan separuh gaji dan sekiranya tempoh gantung dilanjutkan (dengan sebab
dan tempoh yang munasabah) akan dengan bergaji penuh.
Apabila disebut ‘due inquiry’
ramai yang salahfaham termasuk peguam-peguam Industrial Court yang mewakili
penuntut/claimant (bekas pekerja). Due inquiry melibatkan beberapa perkara
seperti –
- Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter)
- Temuduga siasatan yang berekod dan disahkan pekerja (recorded and acknowledged investigation interview)
- Sesi Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
Keperluan due inquiry adalah
bagi memenuhi kehendak environment pekerjaan di Malaysia yang menitik beratkan
law of natural justice di mana hak untuk didengar adalah dititikberatkan.
Pekerja dala perihal ini, mestilah diberi peluang untuk memberikan penjelasan dari
pihak mereka.
No comments:
Post a Comment