Sebagai seorang pekerja di
Malaysia, kita sering terlupa hak sebagai seorang pekerja atau
sekurang-kurangnya tahu apa peraturan atau undang-undang yang melindungi semua
pekerja yang dilantik di Malaysia.
Sebenarnya, terdapat beberapa
undang-undang yang melindungi atau menggariskan hak pekerja yang tidak kita
ketahui. Malah ramai antara kita yang sering berkata, saya saman syarikat di court! Tanpa sebenarnya tahu, hak pekerja di
Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan tidak berbentuk sivil tapi lebih kepada
garispanduan pekerjaan (employment)
yang lebih luas.
Ada beberapa undang-undang
yang perlu kita tahu, serta fungsi-fungsi or areas of coverage yang melibatkan peraturan-peraturan ini. Secara
ringkas dan mudah faham, berikut adalah undang-undang (antaranya) utama yang
ada di Malaysia –
1)
Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
-
garispanduan asas dalam sesuatu employment
antara pekerja dan majikan
-
Pekerja yang menerima gaji tetap RM2,000 dan ke
kurang
2)
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial
Relations Act 1967)
- Sering dikaitkan dengan S20 IRA yang melibatkan
reinstatement selepas penamatan perkhidmatan (unfair dismissal)
-
Perihal kesatuan sekerja dan perkara-perkara
yang berkaitan seperti pendaftaran, pembayaran yuran melalui potongan gaji
(check-off), Perjanjian Bersama (Collective Agreement)
-
Juga merangkumi perkara-perkara lain seperti
bidangtugas Mahkamah Perindustrian (Industrial Court), piket, mogok dan
lock-outs
3)
Akta Kesatuan 1959 (Trade Union Act 1959)
-
Membincangkan lebih terperinci proses dan
butiran yang terlibat berkaitan dengan Kesatuan Sekerja (Union)
4)
Employment (Termination and Layoff) Benefits
Regulations 1980
-
Garispanduan pelaksanaan retrenchment dan
pilihan persaraan yang lain
- Meliputi kehendak-kehendak undang-undang
(requirement of the law) dalam pelaksanaan retrenchment yang perlu dituruti
oleh majikan
5)
Children and Young Persons (Employment) Act
-
Memberi panduan dalam mengambil kanak-kanak
yang berumur kurang 15 tahun bekerja
-
Perkara-perkara yang perlu diadakan dalam
hiring children
6)
Akta Umur Minima Persaraan 2012 (Minimum
Retirement Age Act 2012)
-
Memberi tetapan untuk umur persaraan 60 tahun
bagi sector swasta
7)
Akta Gaji Minima 2012 (Minimum Wage Act 2012)
-
Menetapkan amaun RM900 bagi Semenanjung
Malaysia dan RM800 bagi Sabah Sarawak serta Labuan sebagai gaji minima pekerja
dalam semua bidang
8)
Employment Regulations 1957
No comments:
Post a Comment