Beberapa
bulan ke belakang, banyak syarikat-syarikat multinasional telah mengambil
keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja (downsizing) mereka atas tujuan
lebihan pekerja (redundancy) dan juga pengstrukturan semula (restructuring).
Ada
juga industri-industri hebat yang mainplayer adalah syarikat-syarikat yang
sememangnya menjana pembangunan negara dari pelbagai segi di samping memberikan
peluang pekerja yang banyak kepada rakyat tempatan. Namun atas sebab cost-cutting
pada jangka masa panjang, keputusan perlu diambil untuk menghentikan operasi
beberapa bahagian syarikat yang tidak dapat dielakkan.
Apakah itu
retrenchment?
Retrenchment
adalah tindakan yang diambil oleh syarikat dalam pengurangan tenaga pekerja
dalam skala yang besar dari segi kuantiti atau dari segi pelaksanaan iaitu
keseluruhan syarikat.
Peraturan yang terlibat
–
Employment
(Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980 basically menjelaskan
garispanduan yang diperlukan dalam kelayakan pekerja yang dihentikan kerja atas
sebab retrenchment seperti retrenchment benefit di samping proses yang perlu
dipenuhi oleh majikan.
Garispanduan yang
terlibat –
Kesemua
pekerja yang dihentikan kerja mempunyai kelayakan dalam diberi pampasan kecuali
mereka yang mencapai umur persaraan 60 tahun, dihentikan kerja atas
sebab-sebab disiplin dan juga mereka yang meletakkan jawatan atas
kehendak sendiri.
Mereka
yang menerima pembaharuan kontrak pekerjaan juga tidak layak menerima sebarang
bentuk pampasan kerana masih terus bekerja dengan majikan yang sama atau lain
dalam pengambilalihan syarikat (acquisition) secara lock-stock and barrel.
Mereka
yang bekerja dengan majikan kurang dari tempoh enam (6) bulan juga tidak layak
menerima sebarang pampasan daripada majikan.
Pampasan pemberhentian
kerja –
Pekerja
yang dihentikan atas alasan ini, layak menerima pampasan daripada majikan
bergantung pada tempoh berkhidmat/bekerja –
-
10
hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh kurang dari dua (2) tahun
bekerja
- 15
hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh dua (2) tahun hingga kurang
ari lima (5) tahun
-
20
hari gaji bagi setiap tahun bekerja untuk tempoh melebihi lima (5) tahun.
Sebarang
tempoh yang kurang dari setahun akan dibayar secara prorata (pro-rate).
Tempoh notis yang
diperlukan –
Dari
pihak majikan, perlulah memaklumkan kepada pekerja yang terbabit dengan
memberikan notis penamatan selama 14 hari dan 30 hari sebelum pemberhentian
kerja kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.
Umum – sekiranya mana-mana majikan
memilih untuk membayar kesemua tempoh notis yang diperlukan maka majikan boleh
berbuat demikian. Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan notis dan
tindakan yang diambil oleh majikan, mereka boleh mengfailkan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.